PRN N.Sembilan: Notis bubar DUN diserah SPR

PRN N.Sembilan: Notis bubar DUN diserah SPR

PETALING JAYA: Notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) telah ditandatangani untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata, ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang telah dibubarkan, semalam.

“Ya, saya sudah tandatangan notis pembubaran DUN dan akan dihantar kepada SPR,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN di kediamannya dalam satu sidang media khas, sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lalu.

Berdasarkan prosedur, notis pembubaran tersebut perlu diserahkan kepada SPR sebelum suruhanjaya itu mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting pilihan raya.

Selepas menerima notis berkenaan, terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan lanjut termasuk menetapkan tarikh penamaan calon, hari pengundian serta tempoh berkempen yang difikirkan sesuai bagi pelaksanaan PRN Negeri Sembilan. – UTUSAN

Scroll to Top