Pelakon dan usahawan Nur Fazura menjadi perhatian apabila memuat naik video iklan bagi mempromosikan produk Sambal Kahwin.
Menerusi video itu, Fazura dan Que membawakan watak sebagai pasangan yang hidup sederhana namun cukup membahagiakan.
BACA: Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita
Seperti sudah dijangka, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat gandingan kedua-duanya.
Malah, ada yang mengatakan mereka ‘blushing’ melihat babak dimana Que sedang merenung Fazura dan adegan suap menyuap.





