Perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila memuat naik momen menyambut ulang tahun kelahiran anak tirinya, Qaldre yang ke-13.
Menerusi gambra dikongsikan, Nora bersama bekas suaminya, Nedim Nazri serta anak-anak berada di sebuah restoran meraikan hari jadi Dre.
Nora turut menitipkan ucapan istimewa buat Dre yang kini sudah meningkat remaja serta meluahkan rasa sayang pada anak tirinya itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Nora dan Nedim yang tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak serta masih meluangkan masa bersama.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan buat pasangan ini agar bersatu kembali sebagai suami isteri serta melihat kedua mereka adalah contoh baik untuk diikuti buat pasangan yang bercerai.