Ramai kagum kemahiran wanita buat tutorial mekap, hasil akhir memang ‘power’!

Tak ramai yang mempunyai tangan seni dan bakat untuk menatarias wajah sehingga kecantikan sedia ada semakin terserlah.

Namun, jika sudah mahir dan pakar dalam memegang alat mekap, jangan terkejut jika wajah yang kadangkala breakout disebabkan beberapa masalah seperti alergik atau sebagainya mampu kembali flawless dengan kemahiran yang ada.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun @LelakiOnTheGo apabila memuat naik video tutorial mekap seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @eimasafuan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat transisi mekap @eimasafuan yang begitu mengagumkan apabila mendedahkan wajahnya tanpa mekap dan hasil daripada tutorial yang dibuat.

Ternyata hasil daripada sentuhan magisnya berjaya merubah wajah menjadi lebih vogue sehingga mendapat pujian warganet.

Mana tidaknya, wajahnya kelihatan begitu mulus dan menyerlahkan lagi aura apabila bergaya persis model.

Perkongsian yang dibuat oleh @eimasafuan itu di ruangan TikToknya juga telah mendapat lebih daripada 5 juta tontonan hanya dalam 2 hari sahaja selepas dimuat naik.

@eimasafuan

Im surely bad at makeup tutorial transition . Panikk gakk ?? 🤣 #makeup #makeuptutorial #fyp

♬ This is gonna be the song of the summer – S T A R G I R L

Dia juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan gemar membuat tutorial mekap yang pastinya menjadi rujukan buat ramai wanita diluar sana.

Sehubungan dengan video yang tular itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji hasil mekap wanita berkenaan dan mengakui dia begitu berbakat serta terlihat cantik dengan kemahiran menatarias wajah.

 

Sumber: Twitter @LelakiOnTheGo, TikTok @eimasafuan