Ramai risau tengok Elfira Loy lompat di ‘pool’, sarat hamil siap lari pakai ‘heels’

Ramai risau tengok Elfira Loy lompat di ‘pool’, sarat hamil siap lari pakai ‘heels’

Tindakan pelakon Elfira Loy melakukan aksi lompat di sebuah kolam renang mengundang rasa ngeri dan seriau netizen apatah lagi dia sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, pelakon berusia 28 tahun itu turut dilihat mengenakan kasut tumit tinggi di sebuah lokasi percutian berkenaan.

“One of my goals is to be here but nak buat macam mana trip ni termengandung pulak.
Nak datang balik probably another a year?,” tulisnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu menyifatkan tindakan tersebut adalah sangat bahaya terutama bagi golongan ibu hamil.

Malah, ada juga segelintir individu memuji keberanian Elfira serta mendoakan agar dia dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat serta selamat.

Bagaimanapun pada penghujung kapsyen, dia memberi pesanan supaya aksi melompat itu tidak dilakukan oleh ibu hamil lain meskipun mempunyai sifat berani.

“So mommy kena beranikan diri. But dont try this here okay mommies,” katanya.

Sementara itu, Eflira menerusi InstaStory berterima kasih kepada mereka yang bimbang dan prihatin terhadapnya selain mengakui berdepan masalah mengidam untuk melompat setelah lama merancang bagi.

Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan anak lelaki Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram Elfira Loy