“Alam siber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar dikota, ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga!”
Fulamak, sambutan Hari Kebangsaan yang ke-69 ni memang betul-betul meriah kan? Siapa yang sertai tadi, kita geng!
Mana taknya, dari persembahan grafik manusia, persembahan udara kreatif sampailah perbarisan kontinjen, semuanya menyeronokkan tau!
Lagi best apabila kita dapat lihat wajah-wajah kontinjen baru yang mempamerkan kesungguhan luar biasa dan daya tarikan tersendiri pada perbarisan hari ini. Patutlah meriah lain macam.
HONOR Buat Kemunculan Sulung, Pamer Teknologi Selari Dengan Gagasan Malaysia Digital

Salah satu kontinjen yang menarik perhatian kami adalah kontinjen daripada pasukan HONOR. Walaupun kemunculan sulung, persembahan perbarisan mereka tetap memukau di hadapan kira-kira 100,000 orang penonton.
Kenapa kami kata memukau? Sebab terdapat satu figura teknologi yang tak asing lagi turut menjadi tumpuan utama sepanjang acara berlangsung.

Kami dapat info yang baru semalam, robot humanoid HONOR ni telah membuat kemunculan sulung di Malaysia Marathon 2026, dan kurang daripada 24 jam, ia sekali lagi memberi kejutan di acara Sambutan Hari Merdeka. Terbaiklah!
Kalau korang nak tahu, kemunculan robot humanoid ni adalah selari dengan gagasan Malaysia Digital, di mana menerusi inisiatif ini, ia tak lagi mengehadkan teknologi di dalam makmal, sebaliknya membawa Kecerdasan Buatan (AI) berpaksikan fizikal (embodied AI) terus ke dalam ruang awam dan industri.
Menariknya, kemunculan robot humanoid HONOR yang baru keluar dari China ini memilih Malaysia sebagai destinasi antarabangsa mereka yang pertama tau.
Dengan penampilan di dua buah acara besar Malaysia dalam masa dua hari berturut-turut, HONOR terus mengekalkan momentum teknologi yang semakin hangat, sekaligus mencatat babak baharu dalam sejarah teknologi bersama Malaysia.
Diiktiraf Sebagai Robot Humanoid Pertama Melengkapkan Larian 10KM

Robot ini turut menerima pengiktirafan Asia Record dan ASEAN Record sebagai Robot Humanoid pertama yang berjaya melengkapkan larian 10km di jalan raya awam, sekaligus turut serta dalam perbarisan sambutan Hari Merdeka.
Selain kemunculan robot ini, tahu tak ada satu lagi kejutan yang HONOR bawakan semasa acara sambutan Hari Kebangsaan ini?

Sepanjang perbarisan, perasan tak ada sebuah peranti HONOR baharu berwarna ungu yang masih belum dilancarkan secara rasmi, yang dipakaikan pada robot tersebut?
Haa, buat julung kalinya peranti ini tampil di khalayak umum dengan warna ungu yang cukup menawan tau. Semestinya ia menimbulkan persoalan betul tak?
HONOR X9e Pro Bakal Dilancarkan Tak Lama Saja Lagi
Bagi korang yang tertanya-tanya, ia adalah HONOR X9e Pro, peranti terbaru yang bakal dilancarkan tak lama saja lagi di Malaysia.

Apa yang menarik tentang siri HONOR X9 ini adalah telah lama menjadi pilihan kegemaran pengguna Malaysia, mencatatkan prestasi jualan yang cemerlang dalam segmen telefon pintar bajet pertengahan tempatan, sekali gus dikenali ramai sebagai “telefon pilihan rakyat”.

Jadi, dengan kemunculan HONOR X9e Pro, ia akan meneruskan kekuatan siri ini dari segi ketahanan dan jangka hayat bateri yang panjang, dengan penambahbaikan menyeluruh yang meneruskan momentum kukuh siri X di pasaran Malaysia.
Dengan siri X yang sentiasa mendahului segmen telefon bajet serta diiktiraf ramai sebagai “telefon pilihan rakyat”, HONOR terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran di Malaysia menerusi peranti ini.
Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang peranti ini, stay tuned okay!
Bakal Membawa Lebih Banyak Produk Untuk Capai Matlamat Malaysia Dalam Industri Teknologi
Selain itu, pemilihan Malaysia sebagai destinasi kemunculan sulung antarabangsa robot humanoid ini sekali lagi membuktikan betapa pentingnya pasaran Malaysia kepada HONOR.
Jadi, HONOR berhasrat untuk membawa lebih banyak teknologi terkini ke negara ini, seiring dengan pengguna Malaysia menuju masa depan.
Daripada Malaysia Marathon ke Perbarisan Sambutan Hari Merdeka, daripada langkah pertama robot humanoid ke luar negara, ke pendedahan telefon baharu buat julung kalinya, HONOR membawa teknologi terkini ke pentas kebangsaan Malaysia dalam masa dua hari berturut-turut.

Bukan itu saja, menerusi produk HONOR X9e Pro yang bakal muncul tak lama lagi, ia bakal meneruskan reputasi siri X sebagai “Pilihan Utama Rakyat Malaysia”, sekali lagi membuktikan hubungan rapat HONOR dengan Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi HONOR, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.
