
Jonah berdiri di sebelah papan tanda catatan yang dilakukannya
dalam acara lontar peluru di Mokpo City, Korea Selatan pada Isnin.
ATLET muda olahraga negara, Jonah Chang Anak Rigan mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dalam lontar peluru yang berusia 12 tahun pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo City, Korea Selatan pada Isnin.
Sekalipun mengakhiri saingan di kedudukan kelima, atlet berusia 20 tahun kelahiran Sarikei, Sarawak itu masih boleh berbangga kerana dia kini muncul sebagai pemegang rekod kebangsaan acara tersebut dengan catatan 17.67 meter (m).
Catatan itu sekali gus memadam rekod lama kebangsaan iaitu 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin pada temasya Sukan SEA Palembang-Jakarta 2011 di Indonesia.
“Sejujurnya saya tidak rasa sebarang tekanan tambahan selepas bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan dua bulan sebelum ini, sebaliknya lebih santai-santai melakukan balingan terbaik.



