Remaja maut jatuh pangsapuri dari tingkat 21, ditemukan di tingkat 6

Remaja maut jatuh pangsapuri dari tingkat 21, ditemukan di tingkat 6

am@hmetro.com.my

Georgetown: Remaja perempuan berusia 14 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, mayat mangsa ditemukan orang awam terbaring di tingkat enam yang menempatkan gerai penjaja.

Difahamkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi bedah siasat.

Remaja itu dikatakan berasal dari Butterworth dan ke pangsapuri berkenaan bagi berkunjung ke rumah saudaranya.

Turut berada di lokasi ialah kakitangan perubatan yang mengesahkan remaja berkenaan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan kematian remaja perempuan tersebut.

Menurutnya, proses bedah siasat dijangka dilakukan esok di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, siasatan terhadap punca kematian ini akan dijalankan daripada pelbagai sudut.

“Orang awam diseru tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan.

“Polis menerima panggilan jam 8.06 malam tadi. Mangsa remaja perempuan warga tempatan, ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedar diri di atas lantai.

“Pemeriksaan terhadap badan remaja itu dan sekitar kawasan kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya malam tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top