KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengakui bentuk fizikalnya mengalami sedikit perubahan gara-gara tidak menjaga pemakanan sejak kebelakangan ini.
Beliau yang juga Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) memberitahu, semuanya berpunca kerana beliau perlu melayani ahli jentera parti untuk menikmati makanan setiap kali selepas mengadakan mesyuarat.
Menerusi media sosialnya, Rina juga berkongsi sedang menjamu selera di restoran mamak pada waktu malam.
“Ramai yang kata kenapa badan naik? Macam mana tak naik? Ramai yang komen badan dah naik, memang betul.
“Habis meeting je, adik-adik ajak makan. Jadikan kita layankan adik-adik ini
“Sekarang kita sedang makan roti nan dan roti sardine di restoran mamak Batu Tiga,” katanya dalam video itu sambil sempat beramah mesra dengan pelanggan di restoran.
Pada 2021, Rina pernah mendapat perhatian apabila beliau berjaya menurunkan berat badan sehingga kelihatan semakin muda dan cantik.
Rina merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa. Namun, pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau yang bertanding di Parlimen Sepang kalah kepada calon daripada Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette




