Ruhainies Belum Sedia Kahwin, Kekasih Sedia Menunggu

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Selepas kakaknya, pelakon Risteena sudah pun bergelar isteri, sudah pasti Ruhainies tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai soal perkahwinan.

Meskipun sering diajukan soalan itu, namun Ruhainies berkata dia tidak tertekan kerana dia tidak akan berkahwin atas desakan orang semata-mata.

BACA: Ruhainies Tak Risau Kekasih Disambar Orang

“Selagi kita tak kahwin selagi itu orang akan tanya, saya tidak terkesan pun dengan soalan-soalan macam itu dan kalau saya nak kahwin nanti… saya akan kahwin.

“Perkahwinan bukan benda mudah dan bukan kita kahwin untuk bercerai. Saya dan kekasih memang ada borak tentang hal kahwin, perancangannya memang ada tapi tidak secara serius,” katanya.

Ujarnya, dia juga tidak suka dipaksa kahwin dan mempunyai pendiriannya sendiri. Katanya lagi, dia menunggu petunjuk dari Allah jika sudah selesa baru dia akan buat keputusan untuk berkahwin.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E menghormati keputusannya dan menunggu sehingga dirinya sudah bersedia untuk berkahwin.

“BF I pun tak jenis memaksa dia kata okay, you take your time. Dia yakin dengan diri dia sendiri takkan cari orang lain dah,” katanya lagi.