Suami maut, isteri cedera, lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan

Suami maut, isteri cedera, lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan

am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Polis menahan seorang lelaki Rohingya berhubung kes serangan maut terhadap seorang lelaki senegara di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan bahawa mangsa, seorang lelaki Rohingya berusia 31 tahun, maut dalam kejadian itu.

“Suspek lelaki Rohingya berusia 38 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Azizee berkata, seorang wanita Rohingya berusia 26 tahun yang dipercayai isteri mangsa turut cedera dalam kejadian itu.

Dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Kami masih menyiasat motif serangan tersebut. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top