Pasukan SAR Jaslinda berisiko terserempak haiwan liar di Gunung Batu Putih

Pasukan SAR Jaslinda berisiko terserempak haiwan liar di Gunung Batu Putih

am@hmetro.com.my

Tapah: Pasukan Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) pendaki, Jaslinda Saludin, 49, berdepan risiko terserempak dengan haiwan liar di sekitar kawasan Gunung Batu Putih.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat pasukan SAR yang berada di lokasi, mereka menemui najis haiwan liar terbabit.

“Haiwan lain yang berbahaya pun ada dan kita mengutamakan langkah-langkah keselamatan serta menghindari kawasan terbabit.

“Pada masa yang sama kita pun percaya dan yakin memang tempat dia (haiwan buas) , kita yang memasuki tempat dia. Tapi kita berusaha untuk menjejaki dan terjumpa risiko terbabit perlu menghadapilah,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh, Tapah hari ini.

Sabarodzi berkata, kawasan sekitar pergunungan terbabit terdapat harimau kumbang namun tiada kelibat gajah dikesan setakat ini.

Beliau berkata, setakat ini operasi pencarian akan diteruskan dan pasukan SAR akan terus memberi tumpuan kepada kawasan yang telah dikenal pasti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top