PETALING JAYA: Kehadiran helikopter polis yang berlegar di ruang udara sekitar Putrajaya malam ini adalah sebahagian daripada persiapan kawalan keselamatan sempena lawatan rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi malam ini
Baca juga: Kelewatan muktamadkan CoC Laut China Selatan undang risiko campur tangan kuasa luar – Anwar
“Pasukan pengiring sempena lawatan Presiden Perancis,” katanya ringkas.
Emmanuel Macron mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari sehingga esok.
Kementerian Luar memaklumkan, ini merupakan lawatan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan tersebut pada bulan Mei 2017.
Macron akan diiringi oleh isteri beliau Brigitte Macron serta Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan.
Selain itu, Macron akan diberikan Istiadat Sambutan Rasmi esok di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur diikuti dengan mesyuarat dua hala Malaysia-Perancis yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua pemimpin. – UTUSAN
The post Helikopter polis berlegar di Putrajaya sempena lawatan Presiden Perancis appeared first on Utusan Malaysia.