Musim cuti sekolah sememangnya ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, di sesetengah negeri di Malaysia, cuaca dilihat kurang baik dan ada beberapa tempat mengalami banjir.
Sudah tentu hujan lebat dan halaman rumah yang sudah dinaiki air menyukarkan sedikit pengantin untuk bergerak lebih-lebih lagi apabila sudah bersiap untuk majlis.
Menerusi perkongsian TikTok milik @oohlysa, dia telah berkongsi momen sebak apabila seorang bapa mengangkat anak perempuannya yang bakal bernikah mengharungi air bertakung di hadapan rumah.
@oohlysa this video that i recorded before the akad nikah really makes me wanna cry 😭😭😭 @• Awin • #banjir
Bapa pengantin juga sempat berpaling semula dan meminta bunga tangan anaknya yang tertinggal sewaktu dia mengangkat gadis tersebut.
Pengantin perempuan yang sudah berada di khemah berhampiran pelamin dilihat sebak apabila menahan tangis sebelum kepalanya disentuh oleh bapa tersayang.
Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih dari sejuta dalam masa 7 jam selepas dimuat naik.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan mengakui sebak apabila melihat lelaki pertama yang dicintai anak perempuan sanggup mengangkat dan meredah hujan serta banjir demi menghantarnya untuk mendirikan rumah tangga.
Semoga pengantin dan pasangan terus berbahagia hingga ke Jannah serta terus menyayangi keluarga terutamanya orang tua hingga akhir hayat mereka.
Sumber” TikTok @oohlysa