Sakit hati dengar rungutan suami strok, wanita simbah air panas hingga maut

Sakit hati dengar rungutan suami strok, wanita simbah air panas hingga maut
Sakit hati dengar rungutan suami strok, wanita simbah air panas hingga maut

Suspek kini ditahan pihak berkuasa.- Agensi

JAKARTA – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila disiram air panas oleh isterinya sendiri dalam kejadian di Desa Gambut Mutiara, Kecamatan Teluk Meranti, Kabupaten Pelalawan,Indonesia.

Mangsa, Talip, 60, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan melecur serius antara 60 hingga 70 peratus pada tubuhnya.

Menurut pihak berkuasa, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan kesal dan sakit hati suspek, wanita berusia 59 tahun, terhadap suaminya yang sedang menghidap strok.

Difahamkan, insiden berlaku pada 29 Mac lalu ketika suspek sedang merebus air di dapur menggunakan cerek.

Dalam keadaan emosi memuncak selepas mendengar rungutan mangsa, suspek dipercayai bertindak menyiram air mendidih ke arah suaminya.

Akibat keadaan fizikal yang lemah, mangsa tidak mampu mengelak serangan tersebut dan mengalami kecederaan parah.

Lebih menyedihkan, mangsa tidak segera dibawa mendapatkan rawatan, sebaliknya dibiarkan sebelum ditemui ahli keluarga dalam keadaan kritikal di belakang rumah.

Mangsa kemudiannya dihantar ke pusat kesihatan sebelum dirujuk ke hospital, namun disahkan meninggal dunia pada 11 April lalu.

Ketua Polis Pelalawan melalui Ketua Siasatan Jenayah, AKP Bayu Ramadhan Efendi mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat sebagai keganasan rumah tangga yang membawa kepada kematian.- Agensi

Scroll to Top