“Sama ada 10, 12 atau 20 kerusi, tunggu pengumuman,” – Rafizi

“Sama ada 10, 12 atau 20 kerusi, tunggu pengumuman,” – Rafizi
“Sama ada 10, 12 atau 20 kerusi, tunggu pengumuman,” – Rafizi

Rafizi bersama ahli Bersama pada siri pertama Jelajah Kancil di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Parti Bersama Malaysia (Bersama) sudah mengenal pasti kerusi yang berpotensi yang akan ditandingi secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi itu dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu selepas menilai sambutan akar umbi dan tahap kesiapsiagaan jentera di peringkat kawasan.

“Kami sudah ada angka awal dan sudah mengenal pasti kerusi yang berpotensi ditandingi, tetapi perlu semak semula berdasarkan sambutan di bawah dan kesediaan jentera.

“Sama ada 10, 12 atau 20 kerusi, tunggu pengumuman rasmi nanti,” katanya pada sidang media siri pertama Jelajah Kancil di Pusat Konvensyen Danga Bay pada malam Sabtu.

Rafizi turut menegaskan Bersama akan akan bertanding solo dan bersedia berdepan risiko kehilangan deposit pada PRN kali ini.

“Parti yang dah lama pun ada bertanding dan hilang deposit, apatah lagi parti Bersama yang baharu ini.

“Jika tidak hilang deposit, maknanya benih yang kita tanam sudah mula tumbuh. Kalau hilang deposit pula, kita perlu bekerja lebih keras dan menilai semula kelemahan yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Menteri Ekonomi itu berkata, pihaknya akan membuka sistem permohonan bagi mereka yang ingin menjadi calon parti itu bagi PRN Johor pada Isnin ini.

Katanya, parti itu tidak akan mengambil calon “tangkap muat” sebaliknya setiap permohonan akan ditapis satu jawatankuasa khas.

“Calon kami akan terdiri daripada golongan tua dan muda bagi memenuhi aspirasi setiap golongan pengundi.

“Kita juga akan memberi tumpuan bagi calon daripada golongan muda seperti ahli-ahli ekonomi dan profesional kerana mereka inilah yang akan menerajui negara pada masa hadapan,” katanya.

Bekas Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu turut memaklumkan parti itu telah menerima hampir 24,000 ahli baharu setakat ini

 

 

Mesti Baca

Scroll to Top