Samsung Galaxy S23 FE miliki spesifikasi peranti kelas perdana

Samsung Galaxy S23 FE miliki spesifikasi peranti kelas perdana

MELALUI pelancaran siri Galaxy S23 pada awal tahun ini, penyedia peranti pintar terkemuka, Samsung, membuktikan bahawa jenama itu kekal relevan dalam kalangan penggemar gajet.

Menyedari masih ada ruang untuk penambahbaikan, Samsung memperkenalkan satu lagi model tambahan kepada siri itu, Samsung Galaxy S23 FE.

Ia adalah model edisi peminat yang memiliki spesifikasi peranti kelas perdana pada harga yang mesra dompet.

Prestasi kamera taraf premium

Samsung Galaxy S23 FE menawarkan tiga kamera belakang bersaiz 50 Megapiksel (MP) serta lensa ultra sudut lebar 12 dan 8 MP dengan keupayaan tiga kali optikal zum yang mampu memberikan imej mengagumkan. 

Kamera depan dwi piksel dengan pemfokusan pantasnya pula mampu merakam foto yang jelas dan penuh dengan perincian walaupun ketika objek sedang bergerak.

Selain itu, ciri Nightography yang dibina pada peranti ini membolehkan pengguna mengambil gambar secara jelas walaupun dengan cahaya malap.

Dari sudut videografi pula, kamera Galaxy S23 FE ini membolehkan pengguna merakam video dalam resolusi 8K pada 24 bingkai per saat (FPS). 

Uniknya, pengguna boleh memilih sudut yang dikehendaki dan mengawal pergerakan dengan mudah ketika merakam video seperti seorang profesional.

Lebih mengagumkan, kualiti video yang dihasilkan akan kekal berada pada resolusi asal walaupun selepas disunting.

Ia menjadikan model ini sebagai sebuah peranti yang wajar dipilih jika pengguna ingin menaik taraf peranti mereka.

Perincian skrin ideal

Peranti Samsung Galaxy S23 FE ini memiliki perincian skrin berukuran 6.4 inci yang ideal, menjadikannya sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan video di telefon pintar.

Ia dibina dengan AMOLED Dinamik 2X sehingga 1,000 nits HBM serta Kadar Penyegaran Adaptif sehingga 120 Hz, memberikan tindak balas sentuhan yang lancar dan pergerakan yang lebih pantas ketika bermain permainan video.

Berbanding model Galaxy S21 FE, peranti ini mempunyai kawalan haba yang lebih baik kerana ia direka dengan sistem kebuk wap 3.9 kali lebih besar.

Oleh itu, isu seperti peranti mudah panas dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketahanan bateri yang lebih optimum.

Prosesor Exynos 2200 yang terdapat padanya juga menyokong ciri Pengesanan Ray bagi mencipta ilustrasi realistik serta paparan yang lebih menakjubkan buat pengguna.

Tidak terhenti di situ, sistem Vision Booster turut memberikan pencahayaan yang terang dan jelas walaupun ketika pengguna berada di luar rumah.

Reka bentuk memukau

Pada edisi kali ini, Samsung membawakan rekaan moden dan ringkas namun memukau buat pengguna dengan susun letak tiga kamera belakang yang dipasang secara menegak.

Selain hadir dengan empat warna menarik iaitu Mint, Ungu, Graphite dan juga Krim, peranti ini turut mempunyai sistem ketahanan air dan debu IP68 yang menjadikannya lebih tahan lasak.

Badan peranti yang direka khas daripada aluminium dan kaca Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang juga secara tidak langsung membangkitkan lagi sisi premium model ini.

Fungsi produktif sepanjang masa

Menariknya pada edisi kali ini, Samsung membolehkan pengguna menyambungkan peranti pintar mereka ke tablet seperti Galaxy Tab S9 FE, monitor atau televisyen bagi mendapatkan paparan yang lebih besar melalui ciri Samsung Dex.

Ia membolehkan pengguna untuk menjalankan tugasan pada dua skrin yang berbeza sekaligus meningkatkan produktiviti pengguna ketika bekerja.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mereka letak susunan aplikasi, muka jam, panel Tetapan Pantas dan paparan kekunci skrin mengikut cita rasa masing-masing.

Sebagai nilai tambah, Samsung Galaxy S23 FE ini turut diperkasakan dengan ciri privasi Knox bagi memberikan kawalan keselamatan yang lebih efisien kepada pengguna.

Sistem perisian One UI 6 juga pastinya membuatkan para pengguna lebih selesa untuk menggunakan peranti ini dalam jangka masa yang panjang sekaligus meningkatkan produktiviti.

Epic Rewards bernilai RM1600

Menariknya, untuk masa terdekat ini anda boleh memiliki Samsung Galaxy S23 FE pada harga serendah RM1,699 selepas ditolak rebat yang diberikan.

Selain itu, pengguna yang mendaftar sebagai #GalaxyTroop juga berpeluang menikmati rebat segera bernilai RM500 serta penjimatan peningkatan storan sekali ganda berjumlah RM300.

Juga, anda berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM800 apabila menaik taraf peranti Samsung anda kepada Galaxy S23 FE.

Dapatkan juga diskaun sehingga 30 peratus apabila berbelanja di Samsung Care+ untuk siri Galaxy Buds yang terpilih termasuk aksesori Samsung.

Tawaran ini sah bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2023.

Miliki Samsung Galaxy S23 FE melalui pengedar sah Samsung sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Samsung atau ke laman Facebook Samsung Malaysia sekarang.

© New Straits Times Press (M) Bhd