Oh! Artis
Sarah Yasmine tampil jelaskan hubungan sebenar dengan Niezam Zaidi selepas namanya hangat diperkatakan di Threads.
Nama pempengaruh Sarah Yasmine tiba-tiba jadi bualan hangat netizen selepas dikaitkan dengan kontroversi melibatkan Fify Azmi dan Niezam Zaidi. Isu tersebut mula meletup di Threads apabila beberapa tangkap layar perbualan didakwa membabitkan mereka tersebar di media sosial.
Disebabkan perkara itu, ramai mula membuat spekulasi kononnya Sarah menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut. Tak mahu terus berdiam diri, Sarah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara sebenar menerusi sebuah video dimuat naik di Threads.
BACA: Netizen Terkejut Baca Pendedahan Fify Azmi, Kekasih Didakwa Ajak Wanita Datang Ke Rumah
Sarah Yasmine nafi jadi orang ketiga

Menurut Sarah, dia dan Niezam sebenarnya hanya berkawan rapat sejak terlibat bersama dalam drama Dia Bukan Syurga. Katanya, hubungan mereka tidak pernah lebih daripada seorang sahabat walaupun sering berhubung antara satu sama lain.
Sarah turut mendakwa ketika dia mula mengenali Niezam, pelakon itu sudah tidak lagi bersama Fify. Malah dia sendiri tahu Niezam masih menyayangi bekas kekasihnya itu dan cuba membantu memperbaiki hubungan mereka.
Apa yang kalian katakan tentang saya dalam Threads, perkara tersebut tidak betul. Saya dan Niezam kawan yang sangat rapat.- Katanya.
Dakwaan Fify terhadap Niezam

Dalam video sama, Sarah mendakwa Fify sudah lama mahu menjatuhkan Niezam dan pernah berkongsi perkara buruk mengenai pelakon itu dengannya sebelum ini.
Sarah juga menjelaskan mesej yang tular hanyalah perbualan biasa antara dua sahabat lama. Menurutnya, dia ada datang membantu Niezam mengemas rumah selepas berpindah, namun ketika itu mereka tidak bersendirian kerana turut ditemani rakan-rakan lain.
Malah selepas selesai mengemas rumah, mereka keluar bermain pickle ball dan makan bersama seperti biasa.
Isu Cadar Jadi Bahan Netizen

fi
Mengulas tentang isu cadar yang menjadi bahan jenaka netizen, Sarah berkata keadaan rumah Niezam ketika itu sangat berselerak dan katil menjadi satu-satunya tempat bersih untuk duduk.
Menurutnya lagi, Niezam seorang lelaki yang sangat menghormatinya dan sentiasa menjaga dirinya sepanjang mereka berkawan. Disebabkan itu, dia berharap netizen berhenti membuat spekulasi bukan-bukan mengenai hubungan mereka.
Di akhir video tersebut, Sarah turut mendedahkan dia sudah menghubungi Fify untuk memarahi tindakan aktres itu selain berkongsi tangkap layar perbualan lama mereka berkaitan masalah hubungan dengan Niezam.
Pssttt! Kadang-kadang bila isu tengah panas dekat media sosial, ramai terus buat kesimpulan tanpa tahu cerita penuh. Ohmedia nasihatkan korang supaya jangan terlalu cepat menghukum sebab setiap cerita pasti ada dua sisi yang perlu didengar.
Kredit: Kosmo Online
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




