
Miguel Diaz-Canel – Foto: AFP
NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengenakan sekatan terhadap Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel serta beberapa individu dan entiti lain, dalam usaha meningkatkan tekanan terhadap negara itu, lapor Xinhua.
Jabatan Perbendaharaan AS menambah Diaz-Canel, empat individu lain dan lima entiti, termasuk Kementerian Angkatan Bersenjata Revolusi Cuba ke dalam Senarai Warganegara yang Ditetapkan Khas, menurut kemas kini yang disiarkan di laman sesawang jabatan itu.
Diaz-Canel, 66, menggantikan Raul Castro sebagai Presiden Cuba pada 2018.
Pada Mei, kerajaan AS mengenakan sekatan terhadap 11 pegawai Cuba dan mendakwa Raul Castro berhubung insiden pada 1996 yang melibatkan pelarian Cuba. – Bernama



