bhnews@bh.com.my
LIPIS: Seorang maut dan tiga cedera, dua daripadanya parah, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 8, Jalan Lipis – Benta – Raub jam 3.30 pagi tadi.
Mangsa, Mohamad Kharul Izwan Zamri, 25, yang memandu lori 3 tan membawa muatan ubatan yang berasal dari Kampung Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis manakala kelindannya, Khairol Azuan Khaion, 31, cedera ringan.
Seorang lagi pemandu lori satu tan, Mohamad Mat, 55 dan kelindannya Muhammad Aiman Anuar Mohd Shuib, 20, cedera parah.
Pemandu sebuah lagi kereta, Alizan Taib, 36, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati pemandu satu daripada lori tanpa muatan dalam perjalanan dari arah Benta ke Lipis.
“Sebuah lagi lori dengan muatan ubatan dan kereta pula dari arah Lipis ke Benta.
“lori satu tan telah masuk sedikit ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan kereta berkenaan dari arah bertentangan lalu bertembung pula dengan sebuah lagi lori yang membawa ubatan yang juga datang dari arah bertentangan, ” katanya.
Beliau berkata, semua kenderaan terbabit dibawa ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan.
Katanya mayat mangsa akan dibedah siasat selepas keputusan ujian calitan COVID-19 diperloleh manakala sampel darah kedua-dua pemandu lori akan diambil untuk ujian toksikologi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




