Saya anggap ini peringatan untuk jangan terlalu selesa – Johan

Saya anggap ini peringatan untuk jangan terlalu selesa – Johan

PETALING JAYA: Penyampai radio, Johan memilih untuk mengunci mulut dan tidak mahu memberikan sebarang komen susulan kecaman terhadap penularan video yang mendakwa rakan penyampai radionya, Khairy Jamaluddin dan Fara Fauzana memerli Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Johan, dia lebih selesa sekiranya pihak pengurusan Hot FM yang mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut yang tular di media sosial hari ini.

“Saya rasa lebih baik pihak pengurusan yang menjawab isu itu sebab saya sendiri tak pernah terfikir sampai ke situ.

“Macam saya cakap tadi, saya hanya buat untuk diri saya. Yang baik ke tak baik ke untuk diri saya. Biarlah diorang yang jawab benda itu,” katanya.

Ditanyakan sama ada dia bimbang isu tersebut menggugat kerjayanya sebagai penyampai radio, Johan bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai teguran dari Sang Pencipta agar tidak terlalu selesa.

“Bagi saya, bila jadi seperti ini saya anggap yang Allah tengah cuit saya dan beri peringatan untuk jangan terlalu selesa,” tegasnya.

Terdahulu, tindakan Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak yang seakan-akan memerli Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketiga-tiga penyampai itu bersiaran padi tadi menuai pelbagai reaksi netizen.

Ada dalam kalangan pengguna platform X yang mengecam tindakan ketiga-tiga penyampai radio itu yang disifatkan sebagai tidak profesional.-UTUSAN

Scroll to Top