Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Cik B berkata dia tidak mahu ibunya, Datuk Seri Vida berada dalam fasa sakit hati serta kecewa kerana gagal dalam hubungan cinta sebelum ini.
Memetik Utusan Online, Cik B berkata dia sendiri melihat kesedihan ibunya dan bimbang luka lama akan kembali jika berbaik semula.
BACA: “Saya Simpan Benih Di Hospital Tapi Tak Jadi Kahwin” – DSV Sukar Maafkan Iqbal
“Saya memang harap mama saya tidak sakit hati. Untuk tidak sakit hati itu, bagi saya, mungkin lebih baik menjauhkan diri. Kadang-kadang kita kena ‘let it go’, macam kita pegang tali, tarik-tarik, kemudian bila lepaskan, tangan kita rasa lega.
“Saya takut kalau mama berbaik semula, luka lama akan datang kembali kerana kenangan itu tidak pernah hilang,” katanya.
Sementara itu, Cik B berkata pada usianya kini dia lebih memahami mengenai cinta serta merasai kesakitan dilalui oleh ibunya serta mengatakan Vida kini sudah move on dari hubungan lalu.
“Dulu saya masuk campur juga, tapi bila saya dah besar, saya faham perasaan mama. Masa usia remaja, saya tak faham apa itu cinta.
“Bila saya dah faham, saya dapat rasa betapa sakitnya hati mak saya, betapa sedihnya sampai ‘mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang’.
“Jadi sekarang saya tak nak masuk campur. Mama tahu apa yang mama nak buat, Mama tahu macam mana nak jaga mental dia. Saya yakin mama dah tak mahu semua ini dan sudah ‘move on’,” katanya.
Sumber: Utusan Online



