Pempengaruh media sosial, Imranul Effendy memilih untuk tidak mengulas mengenai penampilan terkini pelakon Norreen Iman yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab.
Memetik Astro Gempak, Imranul berkata Norreen yang sudah dianggap seperti kakak adalah seorang yang sangat baik serta menghormati keputusan pelakon itu.
BACA: “Doa Yang Baik-Baik Je, Tapi Kalau Dah Level Sampai Fitnah Ni, Melebih”
“Saya cuma nak cakap kakak saya, Noreen Iman, adalah seorang individu yang sangat baik. Dia adalah individu yang membantu saya dalam perjalanan saya masuk industri ini daripada saya kosong sehingga jadi seseorang.
“Untuk saya nak ulas isu dia, saya rasa saya tak berhak sebab itu adalah soal peribadi dia. Saya hormati apa sahaja keputusan dia dan saya rasa apa yang dia buat adalah yang terbaik untuk dirinya. Saya cuma nak doakan yang terbaik sahaja untuk dia dan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Imranul berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan apatah lagi dia lebih mengenali Norreen serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik.
“Saya tak nak sentuh isu sensitif ini sebab saya pun bukan sesiapa untuk bagi komen. Kita doakan yang terbaik, itu yang kita perlu buat.
“Saya kenal kakak saya sendiri, jadi saya tak terkesan pun dengan apa yang orang cakap. Saya tahu kakak saya macam mana. Biarlah mereka nak cakap apa pun. Bukan mereka kenal kakak saya pun. Mulut orang kita tak boleh tutup,” katanya.
Sumber: Astro Gempak




