“Saya Simpati Dengan Beliau” – Anwar Ibrahim Tegaskan Mohd Shuhaily Tetap Perlu Lalui Proses Siasatan | Oh! Media

“Saya Simpati Dengan Beliau” – Anwar Ibrahim Tegaskan Mohd Shuhaily Tetap Perlu Lalui Proses Siasatan | Oh! Media

Trending

Dalam apa jua jawatan atau kedudukan, setiap individu tetap tertakluk kepada undang-undang. Prestasi cemerlang dan jasa seseorang wajar dihargai, tetapi prinsip keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Intipati berita

  • Anwar Ibrahim tegaskan Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily tetap tertakluk kepada undang-undang.
  • Anwar mengakui Mohd Shuhaily pegawai berprestasi baik, namun tidak boleh mencampuri urusan siasatan.
  • Jika terdapat asas untuk pendakwaan, kes perlu dibawa ke mahkamah mengikut prosedur ditetapkan.
  • Anwar mengambil contoh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang pernah dipenjarakan pada 1998 walaupun mempunyai jasa kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada mana-mana pegawai penguat kuasa yang akan diberikan layanan istimewa sekiranya didapati melanggar undang-undang, termasuk Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Menurut laporan Kosmo, Anwar mengakui Mohd Shuhaily merupakan seorang pegawai yang mempunyai prestasi kerja baik. Namun, perkara itu tidak bermakna beliau boleh terkecuali daripada proses perundangan yang ditetapkan.

Anwar Ibrahim akui simpati dengan Shuhaily

ohmedia anwar ibrahim

Memetik kenyataan di Dewan Rakyat, Anwar berkata tindakan terhadap Mohd Shuhaily dibuat mengikut proses perundangan sewajarnya selepas siasatan berhubung kes membabitkan beliau dijalankan.

Jika tanya saya dari segi peribadi, saya simpati dengan beliau tetapi proses itu, bila ada dakwaan, sama ada daripada orang ramai atau polis, itu soal siasatan.

Jangan minta saya atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) campur tangan sampai ke situ.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan mengenai pertukaran Mohd Shuhaily kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menggesa supaya beliau terus menerajui AKPS.

Anwar turut menjelaskan bahawa sekiranya pihak pendakwaan mendapati terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah, proses tersebut perlu diteruskan mengikut peraturan negara.

Tiada dwidstandard walaupun pegawai banyak berjasa

shuhaily

Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan mengamalkan sikap dwistandard terhadap mana-mana pegawai penguat kuasa yang didapati melanggar undang-undang.

Beliau turut mengingatkan bahawa rekod perkhidmatan cemerlang tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan peristiwa pada 1998 apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dihukum penjara susulan insiden memukul seorang tahanan.

Kita kena ingat, betapa baik pun mana-mana pegawai, dia mesti ikut peraturan. Kalau ada dakwaan atau tuduhan seseorang itu didera, dia (perlu) mengikut proses.

(Ahli Parlimen) Arau tahu, (pada) 1998 Ketua Polis Negara dipenjara kerana memukul seseorang. Apakah dia tidak ada jasa? Dia ada jasa. Jadi kita ada dua perkara, iaitu kerja mesti profesional, tapi kalau ada tindakan yang melanggar undang-undang, itu kena ikut proses.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top