‘Saya tahu impiannya akan memisahkan kami’ – Juruterbang usia 20 tahun maut pesawat terhempas

‘Saya tahu impiannya akan memisahkan kami’ – Juruterbang usia 20 tahun maut pesawat terhempas

FLORIDA – Impian seorang wanita muda untuk bergelar juruterbang akhirnya menjadi kenyataan, namun perjalanan hidupnya berakhir tragis apabila pesawat yang dikendalikannya terhempas di Palm Beach County, Florida pada Ahad.

Pembantu juruterbang Learjet 60 itu dikenal pasti sebagai Nathalia Gadelha Filgueiras, 20, yang memperoleh lesen juruterbang persendirian ketika masih menuntut di sekolah menengah.

Menurut laporan New York Post pada Isnin, Filgueiras merupakan antara sembilan individu yang maut selepas pesawat dalam penerbangan dari Austin, Texas menuju ke Bahamas menjunam sebelum terhempas di kawasan kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kami sudah kehabisan masa’ – Mesej terakhir kru pesawat sebelum terhempas

‘Kita akan terhempas!’ – Amaran terakhir juruterbang sebelum nahas korban sembilan nyawa

Sembilan maut pesawat terhempas dekat kediaman Trump

Nathalia Gadelha Filgueiras, 20, yang memperoleh lesen juruterbang persendirian ketika masih menuntut di sekolah menengah.

Nathalia Gadelha Filgueiras, 20, yang memperoleh lesen juruterbang persendirian ketika masih menuntut di sekolah menengah.

Ibunya, Camila, mengakui sejak awal lagi beliau bimbang kerjaya penerbangan yang menjadi impian anaknya itu akhirnya akan memisahkan mereka.

“Saya mahu dia mengejar impiannya, tetapi saya tahu impian itulah yang akhirnya akan memisahkan kami.

“Saya tahu pesawat akan merampas dia daripada saya. Saya sentiasa tahu perkara itu, tetapi saya sangat bangga dengannya kerana dia sedang menjalani kehidupan yang diimpikannya,” katanya.

Camila berkata, anak perempuannya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada Januari depan telah bekerja sebagai juruterbang komersial selama sembilan bulan.

Bapa tirinya, Thiago Corteleti, 44, pula memaklumkan Filgueiras mempunyai pengalaman penerbangan selama 1,300 jam.

Menurutnya, Filgueiras sempat menghantar mesej kepada teman lelakinya, Justin, kira-kira 10 minit sebelum nahas berlaku.

Dalam mesej tersebut, mangsa dilaporkan memaklumkan keadaan penerbangan yang mengalami pergolakan udara dan pembentukan ais.

Filgueiras sempat menghantar mesej kepada teman lelakinya, Justin, kira-kira 10 minit sebelum nahas berlaku.

Filgueiras sempat menghantar mesej kepada teman lelakinya, Justin, kira-kira 10 minit sebelum nahas berlaku.

Rakaman komunikasi kawalan trafik udara turut memperdengarkan rayuan meminta bantuan sebelum pesawat menjunam pada kadar melebihi 20,000 kaki seminit, bersamaan kira-kira 6,096 meter seminit.

Bagaimanapun, punca sebenar nahas masih belum dipastikan.

Filgueiras mula mengikuti latihan penerbangan pada 2020 sebelum memperoleh lesen juruterbang persendirian ketika berusia 17 tahun pada Oktober 2023, mendahului lesen memandu keretanya sendiri.

Ketika ditemu bual stesen televisyen CBS12 pada tahun berkenaan, beliau pernah berseloroh bahawa dirinya mampu menerbangkan pesawat walaupun belum memiliki lesen memandu.

Anak kedua daripada tiga beradik perempuan itu mula menyimpan cita-cita menjadi juruterbang selepas mengikuti penerbangan bersama bapanya menaiki pesawat ringan Beechcraft Bonanza.

Selepas menamatkan latihan di sekolah penerbangan American Flyers, beliau bekerja sebagai tenaga pengajar penerbangan di Fort Lauderdale sebelum memperoleh pekerjaan sebagai juruterbang.

Camila berkata, anaknya amat mencintai dunia penerbangan dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahirannya.

“Saya tahu jika dia boleh memilih cara untuk pergi, mungkin inilah pilihannya. Tetapi saya tidak mahu ia berlaku seawal ini,” katanya.

Ketika laporan New York Post diterbitkan, pihak berkuasa masih belum mengumumkan identiti lapan lagi mangsa yang terkorban. – Agensi

 

Scroll to Top