'Saya terima banyak kad selamat hari jadi… terima kasih' – Tun M

'Saya terima banyak kad selamat hari jadi… terima kasih' – Tun M

lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mengutuskan ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-101, hari ini.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berkata, beliau berasa terharu dengan mesej serta surat yang diutuskan kepadanya.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang hantar mesej berkenaan dengan hari kelahiran saya yang ke-101 pada hari ini.

“Jadi 10 hari bulan (Julai), umur saya meningkat kepada 101 tahun dan saya terima banyak kad selamat hari jadi.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada semua. Terima kasih,” katanya menerusi rakaman video di Facebook, hari ini.

Turut kelihatan dalam video berkenaan adalah isteri beliau, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Terdahulu, Mahathir menerima ucapan selamat hari lahir daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi entri di media sosial turut mendoakan supaya Dr Mahathir terus dilimpahi rahmat Allah SWT.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top