Scott’s Gummies dirumus khas untuk kanak-kanak

Kuala Lumpur: GlaxoSmithKline (GSK) Malaysia melancarkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin mengandungi kebaikan semua nutrien penting yang sesuai untuk kanak-kanak.

Scott’s, sebagai jenama nombor satu di Semenanjung untuk kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak) kini tampil menghasilkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin (diperkaya vitamin A, B6, C, D & E dan Zink).

Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK), Bryan Wong berkata, Scott’s Gummies Multivitamin ini dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.

“Ramai kanak-kanak mengelak daripada mengambil makanan tertentu seperti ikan yang kaya dengan Vitamin A, B6 dan D, serta legum yang kaya dengan Zink.

“Justeru, Scott’s Gummies dengan Multivitamin dirumus oleh pakar diet dan pemakanan bagi memberikan mikronutrien penting kepada kanak-kanak.

“Kami masih menekankan diet yang baik, seimbang penting bagi memastikan si kecil mendapat nutrien yang secukupnya untuk mereka membesar dengan sihat,” katanya pada majlis pelancaran Scott’s Gummies dengan Multivitamin secara maya di sini, semalam.

Menurutnya, visi syarikat juga untuk menghasilkan produk yang bermakna menerusi inovasi yang memacu perkembangan dalam kategori vitamin untuk kanak-kanak.

Beliau berkata, sebagai jenama yang dipercayai, Scott’s mempunyai rangkaian produk mapan yang terus berkembang dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.

Scott’s Gummies dengan Multivitamin didatangkan dalam perisa Epal dan Tropika yang enak sesuai dengan cita rasa kegemaran kanak-kanak.

Kandungan produk juga tersedia dalam pelbagai rupa bentuk seperti singa, monyet dan buaya, sekali gus menjadikannya lebih menarik.

Selain itu, Scott’s bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha untuk menarik pengguna bagi menikmati tawaran eksklusif apabila mereka membuat pembelian melalui platform e-dagang Watsons.

Pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah percuma.

Scott’s Gummies dengan Multivitamin dijual pada harga runcit RM46.50 untuk satu botol berisi 60 biji, dan RM12.60 untuk satu pek 15 biji.

Ia boleh didapati di semua farmasi utama.