Penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya berkongsi perkembangan terkininya yang kelihatan semakin aktif serta memberi tumpuan kepada gaya hidup sihat termasuk bersukan secara konsisten.
Menerusi video tular di TikTok, Bella kelihatan berkunjung ke kedai menjual barangan sukan popular untuk membeli basikal.
Bagaimanapun, video berdurasi 31 saat itu memaparkan Bella sedang mencuba basikal berwarna putih sambil menunggangnya di dalam kedai sukan berkenaan.
Lebih mencuri perhatian, Bella turut memberikan respons kepada komen netizen yang memuji hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar itu sebagai sebuah hubungan yang ‘sihat’.