Pada Rabu lalu, seorang lelaki, Mahadir Abd Hamid telah dilaporkan hilang dan disyaki lemas di Sungai Pahang. Mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) dipercayai mengalami masalah mental.
Menerusi laporan Sinar Harian, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pihak polis telah membuat pencarian bersama-sama ahli keluarga dan penduduk kampung namun gagal ditemui.
Mangsa disyaki terjatuh ke sungai selepas selipar miliknya ditemui di atas tunggul di kawasan sungai itu kira-kira jam 6 petang.
Pihak bomba segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima panggilan bantuan jam 11.02 malam.
Operasi pencarian ditangguhkan jam 12.13 malam tadi dan akan disambung semula pagi ini (Khamis).