22 Jun 2025 09:04pm
Masa membaca: 4 minit
Serangan AS ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit. Foto fail Maxar Technologies/AFP
VIENNA – Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit, menurut penilaian awal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran – termasuk Fordow – IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan,” kata badan pemantau antarabangsa itu pada awal pagi di platform X.
Agensi itu memaklumkan penilaian lanjut mengenai situasi di Iran akan diberikan sebaik sahaja maklumat tambahan diperoleh.
Amerika Syarikat menyokong kempen Israel untuk memusnahkan keupayaan nuklear Iran dalam serangan pada waktu malam dan menyerang tiga kemudahan nuklear, termasuk fasiliti pengayaan uranium bawah tanah yang berkubu di Fordow. – Bernama/dpa



