Serangan ke atas Palestin: Apa Reaksi Dunia?

Petaling Jaya (30 Mei 2026) – Bedilan demi bedilan telah dilancarkan oleh negara haram Israel dalam tempoh beberapa tahun belakangan ini. Rakyat Palestin menghadapi peristiwa genosid paling parah di abad moden. Bahkan, peristiwa ini tidak dapat dijustifikasikan puncanya kerana kebenarang dibungkam oleh tangan-tangan ghaib. Kita hanya mampu melihat sahaja peristiwa ini di layar kaca, tanpa dapat memberikan pertolongan secara fizikal akibat sekatan yang dilakukan oleh negara haram Israel. Lantas, apakah reaksi dunia terhadap kekejaman ini? Adakah dunia masih berdiam diri dan membenarkan kekejaman ini berlaku?

Nyatanya, dunia tidak berdiam diri di atas tragedi ini. Dunia membela nasib masyarakat Palestin dan menyuarakan suara mereka di pentas dunia. Negara-negara Barat seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan banyak lagi masyarakat dunia turun melaungkan protes baik kepada pemerintah sendiri ataupun mengecam tindakan Israel. Tidak cukup dengan sekadar protes, masyarakat global juga mula melancarkan perang ekonomi terhadap barangan keluaran Israel dengan menggunakan tanda pagar #BoycottIsrael. Bahkan di Malaysia sendiri, satu per satu jenama dan kedai yang berada di dalam senarai boikot mula menutup premis di beberapa kawasan tertentu. Kesannya, syarikat-syarikat yang bernaung di bawah nama Israel mengalami penurunan dari hasil jualan. Walaupun tidak memberi kesan sepenuhnya kepada ekonomi Israel, penurunan jualan yang terlihat drastik menyebabkan tekanan yang besar kepada syarikat-syarikat yang bernaung.

Selain itu, dari sisi media pula, media-media di negara Eropah mengeluarkan kenyataan dan melakukan liputan berkenaan Palestin dengan kerap lebih-lebih lagi ketika pelayaran Sumud Flotilla ketika tahun 2025. Antaranya adalah media di Itali dan Jerman menuntut pembebasan tahanan yang ditahan ketika rejim Zionis melakukan pemintasan terhadap kapal peserta Sumud Flotilla. Liputan media dari Timur Tengah seperti Al Jazeera juga sering menyoroti penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin yang dibedil secara kerap. Mereka menyebut tindakan genosid yang dilakukan oleh Israel merupakan sebuah tindakan terkutuk dan melanggar hak asasi manusia. Serangan negara haram Israel ke atas negara lain seperti Qatar juga mendapat perhatian media dan dikutuk kerana melanggar norma keamanan internasional.

Kesimpulannya, Palestin masih didengari oleh masyarakat dunia dengan adanya himpunan solidariti, usaha menembus pengepungan Israel seperti Global Sumud Flotilla dan tindakan memboikot produk yang melakukan asosiasi dengan Israel. Semoga perkara ini membuka mata semua pihak tentang suara rakyat Palestin yang masih ditindas oleh negara haram Israel, dan semoga Palestin menang dalam perjuangan mereka. #SavePalestine!

Oleh: NUR FIRDAUS ISKANDAR BIN ZULKARNAIN
Mahasiswa Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Scroll to Top