Sheila Rusly Terima Menantu Muallaf, Anak Bongsu Nikah Hari Ini

Sheila Rusly Terima Menantu Muallaf, Anak Bongsu Nikah Hari Ini

Anak bongsu kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Luth Mikhail dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan hari ini.

Perkara gembira itu dikongsi oleh kakak ipar Luth yang juga pelakon, Elisya Sandha menerusi beberapa hantaran di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Beatrice yang anggun memakai busana berona putih itu kelihatan manis tersenyum.

“Adik Ipar nak kahwin dah. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Menerusi pemerhatian XTRA, Sheila pada khamis turut memuat naik hantaran di ruangan Instagram Story mengenai perkahwinan anak bongsunya itu yang bakal berlangsung di Geo Resort and Hotel, Genting Highlands beserta foto ahli keluarganya usai majlis berinai.

Sekadar info, pada 13 Ogos 2024, Sheila seakan memberi ‘hint’ bakal menerima menantu Mualaf apabila berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Sheila yang ditemani ahli keluarga dan teman rapatnya, berada di sebuah masjid dan sama-sama menyaksikan proses tersebut berlangsung.

Malah, anak bongsunya, Luth Mikail kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika teman wanitanya yang dikenali sebagai Beatrice Chitra itu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Scroll to Top