Shila 'hijack' rambut Ubai

Shila 'hijack' rambut Ubai

am@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Pasangan kekasih popular, penyanyi Shila Amzah, 32, dan pempengaruh media sosial, Ubai Mz atau nama sebenar, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, sekali lagi mencuri perhatian warganet.

Semuanya  gara-gara Shila membawa kekasihnya itu ke kedai gunting rambut untuk menukar gaya rambut lamanya kepada gaya rambut baharu.

Menerusi perkongsian video di laman Tik Tok, Shila mengakui dia juga menyukai penampilan rambut baharu kekasihnya yang nampak lebih kemas dan macho.

“Rambut Ubai kena ‘hijack’ dengan Sha. Siapa teman lelaki atau suami korang ada rambut super straight (lurus) gila tu boleh la pergi buat Korean perm (keriting). Tapi tahan la tunggu satu setengah jam kat saloon (salun),” katanya.

Perkongsian Shila di laman Tik Tok juga mendapat perhatian netizen yang rata-rata berpuas hati dengan perubahan rambut baharu Ubai demi menjaga penampilannya itu.

“Suka rambut dia, nampak fresh sangat,”komen netizen 

“Suka la, girlfriend upgrade style rambut boyfriend,”komen netizen

“Baru la Ubai nampak ‘matured’ (matang)..hensem,”komen seorang netizen lagi.

Dalam laporan terdahulu, penampilan Ubai sering ditegur netizen gara-gara gaya rambutnya ‘bowl cut’ ala K-Pop yang pernah menjadi trend pada suatu ketika dahulu.

Malah, ramai yang memberi pendapat supaya Ubai menukar imejnya supaya lebih nampak terurus dan matang seperti lelaki dewasa.

Sementara itu, rata-rata netizen juga meluahkan rasa teruja apabila melihat kebahagiaan Shila bersama kekasih barunya itu.

Malah, ramai yang mendoakan perjalanan Shila dan Ubai untuk menuju hari bahagia dipermudahkan Tuhan.

“Happy for (gembira untuk) Sha,”komen netizen.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd