
Datuk Pandelela Rinong. Foto Bernama
KEGAGALAN skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang ‘ampuh’ bagi sukan itu.
Penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustafa berkata, hal ini berkait rapat dengan kesilapan percaturan Persekutuan Renang Malaysia (MS) yang gagal menjelmakan kesinambungan kejayaan skuad terjun negara pada 2012 yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik London menerusi Datuk Pandelela Rinong.
“Kita lihat kegagalan persatuan renang merencana program selepas Olimpik London 2012 bila Pandelela menang pingat, kalau kita bina pelapis ketika itu yang muda akan menjadi atlet yang bertanding sekarang hasil daripada perancangan 12 tahun, mereka sudah matang dan bertanding di kejohanan dunia.
“Yang bertanding sepatutnya generasi baharu dan generasi Datuk Pandelela sudah tiada.
