Pelbagai spekulasi mula berlegar di media sosial susulan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPK Selangor yang maut dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14, pada Rabu.
BACA: Pegawai Kanan Polis JSJ Selangor Meninggal Dunia, Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut
Namun, polis menegaskan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan siasatan awal percaya kejadian itu bersifat kemalangan.
Polis tidak tolak tindakan jika ada fitnah

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan boleh diambil sekiranya spekulasi yang tular didapati tidak benar dan berunsur fitnah terhadap arwah serta keluarga mangsa.
Saya tidak boleh memberi ulasan tentang komen-komen tersebut kerana saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang membolehkan komen-komen tersebut dibuat. Komen yang saya keluarkan adalah berkaitan kenyataan media sahaja. Sekiranya spekulasi itu tidak benar dan berunsur fitnah, laporan polis boleh dibuat dan siasatan akan dijalankan.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan siasatan awal polis ketika ini masih menjurus kepada unsur kemalangan.
Bagaimanapun, kes tersebut masih disiasat di bawah klasifikasi Sudden Death Report (SDR).
Jelasnya, proses bedah siasat telah selesai dan jenazah telah selamat dikebumikan malam tadi di kampung halaman beliau di Kuantan, Pahang.
Pssttt! Dalam isu melibatkan kematian, lebih baik kita elakkan daripada membuat andaian sendiri tanpa maklumat sahih. Setiap spekulasi yang dilemparkan bukan saja boleh mengguris hati keluarga, malah berisiko menjadi fitnah.
Kredit: Sinar Harian | Foto: Kosmo! (Afiq Razali)
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




