Subsidi kos yuran pelajar Universiti Awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Putrajaya: Subsidi 90 peratus dari kos yuran sebenar di Universiti Awam (UA) ditanggung kerajaan manakala pelajar hanya perlu membayar baki 10 peratus.

Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Akademik dan Pembangunan), mengatakan ketika ini yuran pengajian di UA negara ini antara terendah berbanding negara lain walaupun kemudahan yang disediakan berkualiti tinggi dan diiktiraf dunia.

Tambah beliau, ia sepatutnya menggalakan pelajar bersyukur berusaha dan belajar bersungguh-sungguh dengan apa yang ditawarkan UA.

Katanya, yuran antara RM4,000 hingga RM5,000 setahun yang tidak mengambil kira subsidi kerajaan di mana jumlah keseluruhan bagi tempoh pengajian adalah RM18,000 hingga RM20,000.

Tambahnya lagi, yuran sebenar yang dibayar pelajar kurang RM20,000 kerana bakinya ditanggung subsidi oleh kerajaan

Beliau juga berkata perbezaan yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lebih tinggi yang membabitkan jumlah RM44,000 hingga RM72,000 bagi tempoh empat tahun.

Tambah beliau lagi, bagi program farmasi, yuran pengajian di IPTS mencecah RM130,000 dan yuran pengajian di UA sebenarnya adalah di bawah kuasa autonomi universiti terbabit.

Jelas beliau kepada media di sini baru-baru ini, pihak universiti berhak memutuskan beberapa banyak pengurangan bergantung keputusan Senat dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Namun menurutnya, KPT sentiasa berinteraksi dan bekerjasama bagi mendapat maklumat dari UA agar kebajikan pelajar tidak terabai.

Beliau turut mengulas bahawa dalam beberapa minggu kebelakangan ini, KPT sangat serius mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan pengurusan tertinggi agar yuran pengajian dapat dikurangkan khususnya melibatkan yuran yang berulang dan boleh dipertimbangkan dan KPT sentiasa berhubung rapat dengan UA agar isu kewangan tidak membebankan dan sedang meneliti pengajian sedia ada sama ada yuran dibawa ke hadapan.

KPT perlu mengenal pasti UA dan kerajaan ada juga kekangan kewangan dan sejak penularan pandemik Covid-19, sudah banyak bantuan pelajar dan ketika ini masih ada lagi inisiatif sedang dikaji, tambahnya lagi.

Menurut beliau, Sebanyak 12 UA pada semester lepas sudah diberi bantuan pengurangan yuran dan dalam masa akan datang akan diumumkan berita baik itu oleh menteri sendiri.

Malay News
Farah Fauzi