Siapa sahaja yang tidak mengenali usahawan produk kecantikan Datuk Seri Vida atau DSV yang pernah popular dengan ‘tagline’ berbunyi, ‘ku putih, ku putih, barulah putih!’ ini?
Keletah DSV yang bersahaja sentiasa menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi dia sering berkongsi kehidupan hariannya menerusi laman sosial miliknya.
Baru-baru ini, pemilik nama Hasmiza Othman itu sekali lagi menjadi bualan netizen apabila videonya yang berada di perkarangan rumah menjadi tular di serata Twitter.

Q: Bila nak kahwin?
— FJ🇲🇾 (@FLjasmy) March 3, 2021
Dalam video berkenaan, dilihat DSV menjawab pertanyaan tentang perkahwinan yang sering diajukan kepada dirinya.
“Tak payah tanyalah soalan bila nak kahwin, sensitif untuk orang ‘bujang’ macam saya dan bujang-bujang di luar sana. Makan hati tahu tak?
“Kita yang tak kahwin orang duk tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin, bila nak kahwin?
“Kau memang dah ada laki, orang yang tak nak kahwin apa perasaan? Down.. Tak payah tanyalah bila nak kahwin, kau jaga kau punya laki sebelum laki kau memandang aku,” katanya dalam video tersebut.
Perkongsian DSV itu memang mempunyai mesej tersendiri buat insan-insan yang masih belum bersuami termasuklah seorang janda seperti dirinya.
Namun, netizen lebih tertumpu pada dua bentuk cincin emas bersaiz luar biasa yang disarung di jari usahawan berusia 50 tahun berkenaan.
Malah, ada yang menyamakannya seperti piring ‘ASTRO’ dan permainan gasing moden iaitu ‘beyblade’.









Memetik temubual bersama Kosmo Online, bagaimanapun DSV menjelaskan cincin tersebut direkanya sendiri dan hanya dirinya sahaja yang memiliki barang kemas itu.
“Mana ada ‘brooch’! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia.
“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya. Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar,” katanya.
Sumber: Kosmo Online (Mohd. Haikal Isa)



