Swasta disaran beri cuti tanpa rekod hari kedua Deepavali  – Utusan Digital

Swasta disaran beri cuti tanpa rekod hari kedua Deepavali  – Utusan Digital

PUTRAJAYA: Majikan swasta disaran mempertimbangkan tambahan cuti  tanpa rekod satu hari iaitu pada hari kedua perayaan Deepavali kepada pekerja beragama Hindu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, langkah itu sejajar dengan sektor perkhidmatan awam yang memberikan cuti tanpa rekod kepada pegawai beragama Hindu bagi perayaan itu pada hari berikutnya yang menjadi tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali yang berkuat kuasa pada  tahun 2018.

 Menurut beliau, hari kedua Deepavali pada tahun ini  jatuh pada hari Jumaat, sekali gus memberi peluang kepada pekerja  beragama Hindu  meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Ini memandangkan selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk  bersama keluarga sempena sambutan perayaan Deepavali,” katanya dalam kenyataan hari in

Deepavali akan disambut oleh seluruh masyarakat India beragama Hindu pada 4 November ini. – UTUSAN

Scroll to Top