Syamsul dakwa Puteri Sarah ada hubungan dengan suami orang sejak awal perkahwinan

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof memberi penjelasan secara terbuka mengenai kemelut yang berlaku diantara pelakon Puteri Sarah susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri pertamanya isteri pertamanya itu sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengarah yang berusia 39 tahun itu, dia mendedahkan Puteri Sarah sudah lama menerima surat nusyuz tersebut namun, dia mendakwa aktres terbabit takut untuk berikan kepada peguamnya.

Ujarnya lagi, Puteri Sarah menolak pelawaannya untuk berbincang perkara tersebut secara baik namun, sebaik sahaja dia memfailkan nusyuz baru hati isterinya itu terbuka untuk berjumpa dengan dirinya.

Apa yang lebih mengejutkan, anak penerbit dan pengarah, Yusof Haslam itu mendakwa Puteri Sarah mempunyai hubungan bersama suami orang sejak awal perkahwinan mereka.

Selain itu, Syamsul mengatakan dia bersetuju dengan tuntutan nafkah yang diminta oleh Puteri Sarah berjumlah RM10,000 sebulan dan aset wang RM400,000 dan disebabkan itulah mereka kelihatan sangat gembiran ketika hadir ke mahkamah sebelum ini.

Bagaimanapun, segalanya bertukar apabila Puteri Sarah menukar surat perjanjian secara tiba-tiba dan bukannya dia meminta untuk mendapatkan diskaun seperti mana yang dihebahkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Syamsul menegaskan dia mengeluarkan kenyataan ini bukan untuk minta sokongan orang ramai terhadap kemelut yang berlaku.

Dia berharap agar Puteri Sarah dapat menyelesaikan masalah dengan cara baik tanpa mengaibkan dirinya sebagai seorang suami di media sosial.

Syamsul turut berharap aktres yang berusia 38 tahun itu menerima takdir dia sudah berkahwin isteri kedua dan dapat berpisah dengan cara yang baik demi masa depan anak-anak mereka.

 

 

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram @Syamsul Yusof