Tabung 4Palestin kutip RM700,000

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUANTAN – Pahang sudah mengutip sebanyak RM700,000 untuk Tabung Pahang 4Palestine dalam tempoh tiga bulan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dana tersebut mula dilancarkan dan  ikutip sejak 1 Jun dan berakhir sehingga 31 Disember 2021.

Tambahnya, dana tersebut akan disampaikan terus kepada rakyat penduduk Gaza bagi membantu sekolah dan masjid di Palestin yang terjejas akibat serangan dan pengeboman rejim  zionis Israel sepanjang Ramadan lalu.

Kempen yang dinaungi oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah diselaraskan bersama Kerajaan Negeri  Pahang, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.

“RM250,000 disumbangkan oleh Kerajaan Pahang, UMNO Pahang menyumbang RM300,000, kutipan kariah Masjid Jaya Gading berjumlah RM25,000 dan sumbangan daripada NGO, peniaga kecil dan hasil daripada kutipan awam.

“Kami berharap berharap kutipan tersebut yang akan diserahkan dan diuruskan oleh saudara Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, rakyat Malaysia di Gaza yang mengetuai NGO Cinta Gaza Malaysia untuk dimanfaatkan oleh rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis perasmian Penutupan Kempen Tabung Pahang 4Palestine yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan. – MalaysiaGazette