MBPP lulus RM3.3 juta untuk bina semula Kompleks Makanan Taman Tun Sardon

MBPP lulus RM3.3 juta untuk bina semula Kompleks Makanan Taman Tun Sardon

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)  meluluskan RM3.3 juta bagi projek membina semula Kompleks Makanan Taman Tun Sardon demi suasana selesa para pengunjung serta peniaga di sini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja pembinaan itu akan bermula Ogos ini dan dijangka mengambil masa 15 hingga 18 bulan untuk disiapkan. “Pembinaan semula kompleks … Read more

MBPP kuatkuasa peraturan, kompaun pemberi sisa makanan kepada merpati

MBPP kuatkuasa peraturan, kompaun pemberi sisa makanan kepada merpati

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan bertindak tegas kepada mereka yang didapati membuang sampah dan sisa makanan merata-rata termasuk memberi sisa makanan kepada burung merpati. Jurucakap MBPP berkata, tindakan penguatkuasaan itu akan diambil di bawah Seksyen 47(1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Dalam hal ini katanya, tindakan mahkamah juga boleh diambil terhadap … Read more

28 buah e-skuter lagi dirampas MBPP

28 buah e-skuter lagi dirampas MBPP

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terus menggempur premis yang menjalankan perniagaan perkhidmatan sewa e-skuter tanpa lesen di Lebuh Armenian di sini, semalam. MBPP dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 28 buah e-skuter berjaya dirampas dalam operasi yang dilakukan berdasarkan risikan dan pemantauan berterusan Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP. … Read more

Tiada pengusaha miliki lesen perniagaan sewaan e-skuter – MBPP

Tiada pengusaha miliki lesen perniagaan sewaan e-skuter – MBPP

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit ke atas mana-mana pengusaha bagi menjalankan aktiviti sewaan kenderaan e-skuter di negeri ini. MBPP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas dalam membasmi aktiviti perniagaan sewaan kenderaan mikromobiliti e-skuter tanpa lesen sah. “Semalam kita merampas … Read more

Kerja pembinaan bangunan logistik dihentikan serta merta – MBPP

Kerja pembinaan bangunan logistik dihentikan serta merta – MBPP

BATU MAUNG – Kerja-kerja di tapak pembinaan bangunan logistik di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, dihentikan serta merta susulan insiden sembilan buruh binaan terperangkap dalam runtuhan tersebut semalam. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir A. Rajendran berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis berhenti operasi serta merta. “Kita sudah keluarkan … Read more

Rajendran angkat sumpah Datuk Bandar MBPP

Rajendran angkat sumpah Datuk Bandar MBPP

am@hmetro.com.my Georgetown: Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir A Rajendran mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar baharu hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, pelantikan Rajendran itu menggantikan Mantan Datuk Bandar, Datuk Yew Tung Seang yang bersara wajib pada 5 Mei lalu. Beliau berharap Rajendran dapat meneruskan kecemerlangan dengan corak dan … Read more

Menyamar petugas pembersihan MBPP minta angpau

Menyamar petugas pembersihan MBPP minta angpau

Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan polis berhubung seorang lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dipercayai untuk meminta ‘angpau’ daripada penduduk di kawasan Batu Lancang, di sini baru-baru ini. MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyamar sebagai kakitangannya dalam apa jua … Read more

Naik taraf Lebuhraya Bukit Kukus ambil masa sebulan – MBPP

GEORGETOWN: Kerja-kerja naik taraf bagi mengelak masalah air bertakung di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus akan mengambil masa sekitar sebulan, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang. Beliau berkata, pihaknya sudah menambah 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia ada bersaiz empat inci kepada … Read more

Penduduk kecewa MBPP bagi notis alih tanaman tanpa perbincangan

BAYAN LEPAS – Penduduk di Persiaran Kelicap di sini kesal dengan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang meminta mereka supaya mengalihkan tanaman di bahu jalan berhampiran yang diusahakan mereka sejak 20 tahun lalu. Rata-rata penduduk meluahkan rasa kecewa dengan notis yang diberikan MBPP pada 18 dan 29 Oktober lalu memandangkan tanaman itu menjadi zon … Read more