Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402 – Utusan Digital

JAKARTA: Indonesia menamatkan operasi untuk mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali pada April lalu. Lapor BBC, kapal selam itu yang membawa 53 kru dilaporkan terputus hubungan selepas meminta kebenaran untuk menyelam ketika sesi latihan torpedo. Kapal selam yang berusia 40 tahun itu ditemukan dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian. Usaha … Read more

Indonesia sudah jumpa pengganti KRI Nanggala-402 – Utusan Digital

JAKARTA: Kerajaan Indonesia dikatakan telah menemukan pengganti kapal selam  KRI Nanggala-402 berkubur di laut Bali pada kedalaman 838 meter bersama 53 anak kapalnya minggu lalu. Menteri Pertahanan republik itu, Prabowo Subianto dikhabarkan akan membeli kapal selam kelas Riachuelo sebagai pengganti. Sebelum ini Prabowo dikatakan akan membeli kapal selam jenis  Scorpene yang dibina oleh syarikat Perancis,  DCNS … Read more

Janji jaga kebajikan mangsa keluarga krew KRI Nanggala-402

Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum ini turut menjanjikan menaikkan pangkat semua anggota yang terbunuh secara posthumus, selain membiayai pendidikan anak-anak mereka. (Gambar Bernama) JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pihak berkuasa akan membina rumah untuk anggota keluarga krew nahas kapal selam KRI Nanggala-402 yang meragut 53 nyawa, baru-baru ini. KRI Nanggala-402 ditemui pada kedalaman hampir … Read more

Pesawat P-8 Poseidon bantu kesan KRI Nanggala-402 – Utusan Digital

JAKARTA: Pusat Penerangan Tentera Nasional Indonesia (TNI) memaklumkan pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) akan tiba di Indonesia malam ini bagi membantu operasi mencari serta menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala-402. Lapor Kompas.com, ketuanya, Achmad Riad berkata, usaha mencari kapal selam tersebut diharap membuahkan hasil dengan pelbagai bantuan yang dilakukan. “Tentera AS dengan … Read more

Kapal selam KRI Nanggala-402 ditemui? – Utusan Digital

JAKARTA: Berita yang mendakwa kononnya kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 ditemui bertebaran dalam media sosial sejak semalam. Maklumat palsu itu dimuat naik dalam akaun Facebook Dialog Musim Hujan. “Berita gempar. Alhamdulillah selepas 21 jam misi pencarian kapal selam, akhirnya KRI Nanggala-402 ditemui berdasarkan berita terkini daripada Ketenteraan VIVA, Jurnal Maritim. … Read more

KRI Nanggala-402: Bekalan oksigen bertahan 72 jam – Utusan Digital

BALI: Bekalan oksigen kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang sejak semalam dilaporkan hanya boleh bertahan selama 72 jam iaitu sehingga awal pagi Sabtu. Jurucakap tentera, Yudi Margono berkata, bekalan oksigen kapal selam itu tidak mampu bertahan lama susulan bekalan tenaga yang terputus. “Kapal selam itu terputus hubungan kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan, jadi bekalan … Read more

KRI Nanggala-402: Kesan tumpahan minyak ditemukan – Utusan Digital

JAKARTA: Kementerian Pertahanan Indonesia sehingga kini giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan hilang di perairan utara Bali sekitar pukul 3 petang waktu tempatan. Lapor Kompas.com, kementerian tersebut memaklumkan pihaknya menemukan kesan tumpahan minyak di sekitar kedudukan awal kapal selam itu berada sebelum dilaporkan hilang. Kesan tumpahan minyak itu … Read more