Tak bertanggungjawab! Tular akaun TikTok palsu didakwa guna AI hina Agong

Tak bertanggungjawab! Tular akaun TikTok palsu didakwa guna AI hina Agong

Royal Press Office menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak yang didakwa menghasilkan akaun TikTok palsu bagi memfitnah dan menghina Sultan Ibrahim Iskandar.

Guna teknologi AI sebar kandungan biadap

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Royal Press Office memaklumkan akaun menggunakan nama “Sultan Ibrahim Ismail” itu dipercayai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan kandungan berunsur penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda.

Menurut kenyataan itu, antara kandungan dimuat naik termasuk video yang membuat dakwaan tidak benar berkaitan Yang di-Pertuan Agong, selain menyentuh sensitiviti memandangkan baginda merupakan Raja Melayu dan Ketua Negara beragama Islam.

“Royal Press Office turut melahirkan rasa kesal terhadap satu lagi imej dalam akaun berkenaan yang memaparkan wajah Seri Paduka Baginda dipadankan pada tubuh seekor haiwan, yang jelas bersifat menghina dan tidak bertanggungjawab,“tulisnya.

Satu penghinaa serius

Royal Press Office turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai penghinaan serius dan berniat jahat terhadap institusi diraja.

“Sehubungan itu, Royal Press Office amat berharap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

Dalam masa sama, pihak istana turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menggunakan identiti Seri Paduka Baginda bagi tujuan tertentu.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Scroll to Top