Takut nak nangis sebab mekap mahal, kecantikan Puteri Balqis raih pujian

Takut nak nangis sebab mekap mahal, kecantikan Puteri Balqis raih pujian

Kehadiran pelakon berbakat, Puteri Balqis Azizi dalam salah satu persembahan peserta program Famili Duo tempoh hari sememangnya menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, Puteri Balqis yang terlibat dalam persembahan Yamani Abdillah dan Zaki Yamani berjaya membuatkan lagu yang pasangan adik-beradik itu nyanyikan ‘sampai’ kepada para juri serta penonton.

Penampilan pelakon tersebut malam itu cukup memukau dan dipuji cantik apabila terlihat elegan dengan mekap serta busana yang sesuai dengan persembahan.

Menerusi posting yang dibuat syarikat rakaman Rusa Music, Puteri Balqis sempat berseloroh sebelum tampil dalam persembahan ‘anak-anak Jamal Abdillah’ yang dirinya enggan menangis dahulu kerana mekap yang digunakan berjenama mahal.

@rusamusic

Haih… Cute je @Puteri Balqis Ashikin ni 🤣 #rusamusic #rusamvm #andaihatikubersuara

♬ original sound – Rusa Music – Rusa Music

Menurutnya, dia enggan mengambil mood terlalu awal kerana risau menangis sehingga merosakkan mekap yang telah dipakai. Gurauan tersebut disambut dengan ketawa oleh perakam dan dia juga terhibur dengan kata-katanya sendiri.

Perkongsian tersebut nyata telah menarik perhatian ramai apabila rata-rata yang meninggalkan komen memuji kecantikan Puteri Balqis.

Mereka juga menyamakan pelakon remaja itu dengan aktres hebat, Fasha Sandha ketika diawal kemunculannya sebagai seorang selebriti.

 

Sumber: TikTok @rusamusic