Tandukan Dumfries kecewakan Ukraine

Tandukan Dumfries kecewakan Ukraine

AMSTERDAM: Belanda menewaskan Ukraine 3-2 pada penampilan pertama mereka dalam tempoh tujuh tahun di kejohanan utama.

Kapten pasukan, Georginio Wijnaldum meledak gol pembukaan pada minit ke-52, sebelum Wout Weghorst menggandakan kedudukan buat skuad The Oranje.

Ukraine bagaimanapun, menampilkan kebangkitan dengan dua gol pantas menerusi Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk.

Namun, tandukan Denzel Dumfries ketika perlawanan berbaki lima minit memberikan kemenangan buat skuad bimbingan Frank de Boer itu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top