Tidak perlu dinafikan lagi, generasi Z dan Alpha membesar dengan media sosial yang berada di hujung jari. Ia membuatkan segelintir mereka berlumba-lumba untuk kelihatan ‘terpaling’ hebat, apatah lagi sekiranya menerima pujian ramai.
Baru-baru ini, tindakan seorang remaja perempuan yang seolah-olah berbangga apabila fizikal dan gayanya kelihatan lebih dewasa berbanding usia sebenar telah mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.
Menerusi satu perkongsian video di platform tersebut, pelajar berusia 14 tahun itu melakukan perbandingan dirinya ketika berada di dalam dan luar sekolah terutama dari segi penampilan.
@_deknaasayang Hahahaha tk lrt nk tunjuk ic dh. 07 tau hmpa
Berdasarkan kapsyen di dalam video, remaja berkenaan dipercayai tidak kisah sekiranya dikatakan kurang cantik di sekolah asalkan dirinya dilihat lebih ‘matang’ apabila berada di tempat awam.
“Biar tak lawa di dalam sekolah, janji di luar sekolah orang tak nampak macam 14,” tulisnya sehingga video tersebut meraih 2.5 juta tontonan.
Meninjau ke ruangan komen, bagaimanapun rata-rata warganet meninggalkan pelbagai sindiran terhadap remaja terbabit yang disifatkan terlalu berusaha untuk kelihatan seperti golongan dewasa.
Malah, tidak kurang terdapat juga beberapa individu menyamakan penampilan berkenaan seperti segelintir golongan ibu yang sudah memiliki ramai anak.




Meskipun dihujani kecaman, remaja terbabit dilihat tidak membalas sebarang komen berhubung perkara tersebut. Alahai, asalkan awak pandai jaga diri dikkk!
Sumber: TikTok @_deknaasayang




