Oh! Artis
Amira Othman kongsi tarikh bermakna 14/9, luah rasa syukur dan titip doa agar semua urusan dipermudahkan.
Penyanyi Amira Othman memaklumkan tarikh 14 September adalah sangat istimewa bagi dirinya apabila selamat disatukan dengan suami, Fattah Amin.
BACA: Tahniah! Fattah Amin Dan Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri
Dalam satu perkongsian di Instagram, Amira menulis dengan penuh rasa syukur mengenai takdir Allah SWT buat dirinya.
14 September istimewa buat Amira
Amira menegaskan bahawa tiada seorang pun manusia yang tahu tentang nasib dan takdir mereka, namun sebagai hamba kita harus sentiasa yakin bahawa Allah Maha Mengetahui.
Alhamdulillah. 14/9 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh ajal maut dan semua urusan hidup kita. Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza beza. Ujian dan nikmat juga berbeza beza. Betapa Allah Itu Maha Kaya.
Dia juga sangat berterima kasih di atas doa-doa baik yang diberikan orang ramai terhadap dia dan suami.
Pssttt! Kata-kata Amira ini memang penuh dengan pengajaran dan menyentuh hati. Memang benar, setiap orang ada ujian dan rezeki masing-masing. Apa yang penting, kita harus yakin bahawa semua yang ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Kredit: Instagram Amira Othman
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




