‘Terima kasih dunia gimnastik’ – Farah Ann

‘Terima kasih dunia gimnastik’ – Farah Ann

STATUS ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dalam pasukan kebangsaan akhirnya terjawab apabila atlet berusia 27 tahun itu memberi bayangan bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia gimnas.

“25 tahun yang lalu seorang gadis kecil mengambil lompatan iman dan menyertai dunia gimnastik yang gila. Terpikat dengan menjadi seorang gimnas, saya memulakan perjalanan yang akhirnya akan menjadi minat terbesar saya.

“Kini selepas 25 tahun yang menakjubkan dalam sukan ini, saya akhirnya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seorang gimnas yang kompetitif.

“Apa yang boleh saya katakan adalah TERIMA KASIH gimnastik untuk semua kenangan dan pengalaman indah yang saya alami. Kepada semua orang yang saya temui sepanjang perjalanan, atas segala bimbingan, kasih sayang dan sokongan, terima kasih. Ia adalah perjalanan seumur hidup, memberikan segala yang saya ada, semua cinta, semangat dan dedikasi saya,” katanya yang dipetik dari laman Instagramnya pada Sabtu.

Status pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu sebelum ini menjadi tanda tanya apabila belum memberikan sebarang perkembangan termasuk surat persaraan kepada Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Malah menurut Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril, Farah Ann masih tersenarai untuk Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei depan.

Scroll to Top