'Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia' – Jaslinda

'Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia' – Jaslinda

Tapah: Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, menzahirkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.

“Terima kasih, minta maaf rakyat Malaysia,” katanya ringkas ketika menerima rawatan awal di dalam ambulans Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kampung Lubuk Gaharu, di sini.

Beliau yang ditemui selamat kira-kira jam 3 petang tadi kini dalam proses dibawa keluar melalui Kampung Sungai Tidung.

Perjalanan membawa keluar mangsa dijangka mengambil masa kira-kira satu jam lagi.

Jaslinda sebelum ini dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu.

Berita berkaitan

Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk

Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi

‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak

Kronologi kehilangan Jaslinda

Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’

SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat

‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda

Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top