am@hmetro.com.my
Tapah: “Ok tak oklah… nikmati hidup,” kata Jaslinda Saludin, 49, ketika ditemui sebaik tiba di Hospital Tapah malam tadi untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.
Pendaki itu yang ditemui selamat selepas hilang 14 hari di Gunung Batu Putih, di sini hanya tersenyum dan memberitahu dirinya dalam keadaan baik walaupun kelihatan lemah.
Sebelum itu, dia ditemui selamat oleh penduduk kira-kira 3 petang di kawasan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh.
Jaslinda menerima rawatan awal pasukan Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sebelum dirujuk ke Hospital Tapah.
Dalam kesempatan itu, wanita berkenaan turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas usaha pasukan penyelamat serta seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dirinya.
“Terima kasih, minta maaf kerana menyusahkan rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, suami Jaslinda, Haszman Othman, 61, yang turut berada di Hospital Tapah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) isterinya.
“Terutama kepada polis, bomba, Orang Asli dan semua yang berikan kerjasama cukup baik termasuk menyediakan tempat penginapan saya sepanjang 14 hari berkampung di situ,” katanya.
Haszman berkata, sejak Jaslinda hilang, dia yakin isterinya akan ditemui selamat dan dengan izin Allah wanita itu akhirnya kembali ke sisinya hari ini.
“Saya tahu (kenal) orang rumah (isteri) saya. Saya tahu dia kuat,” katanya.
Berita berkaitan
• ‘Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia’ – Jaslinda
• ‘Saya jatuh berkali-kali’ – Kongsi Jaslinda dalam video tulark
• Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk
• Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi
• ‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak
• Kronologi kehilangan Jaslinda
• Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’
• SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat
• ‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda
• Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka
© New Straits Times Press (M) Bhd




